• Home
  • Pengenalan
  • Berita KPIJ
  • Artikel
  • Hubungi
  • Gambar
  • Coretan Sang Pejuang...
  • Pena Hewi
  • New Page
 

LIQA KPIJ 08

12/6/2008

0 Comments

 


 Sempena cuti semester ini PAD 4- 5 DIS 08, KPIJ telah mengadakan LIQA iaitu sebuah perjumpaan ahli-ahli KPIJ yang masih belajar di kampus Lembah Klang bertempat  di bilik sekreteriat KPIJ di Kompleks Mustika Embun.
Program LIQA ini lebih memfokuskan kepada merapatkan kembali ukhwah antara sahabat-sahabat KPIJ.

 Antara aktivtiti yang dijalankan adalah usrah di rumah sahabat KPIJ Saudari Adibah Ali, Slot bersama Ustaz Abdul Razak dan Slot bersama Abang Alimi Kolan.

 Semasa usrah, kami membincangkan surah Al- Baqarah ayat 30-32 yang menerangkan mengenai penciptaan manusia dan penguasaan di bumi. Alhamdulillah, perbincangan yang diadakan sangat menarik dan banyak memberi manfaat kepada peserta-peserta yang hadir.

Selain itu, peserta-peserta di beri kesempatan berdiskusi bersama Ustaz Razak iaitu Timbalan YDP Abim Negeri Johor. Dalam slotnya, beliau banyak berkongsi dan bercerita tentang cabaran-cabaran sebagai pendakwah.
Beliau juga memetik kata ulama' iaitu '' Tidak Ada Rehat Dalam Membuat kerja Agama kecuali di Akhirat''. Ini memberi sedikit perangsang terhadap sahabat-sahabat dalam meneruskan perjuangan dalam gerakan islam.
Beliau juga berkongsi 4 isi penting dalam slotnya iaitu apakah yang perlu dilakukan oleh mahasisiwa ketika di kampus?

 1- Membina jaringan sebanyak yang mungkin
 2- Banyakkan membaca Buku
 3- Jaga Kesihatan
 4- Perbanyakkan amalan Ifradi ( amalan sunat  bagi menguatkan kekuatan dalaman )


Dalam slot Abang Alimi iaitu salah seorang exco Abim Johor, beliau menekankan tentang jemaah.
Dalam jemaaah, kita haruslah mencipta keseronokan, contohnya membuat program yang boleh membina generasi pelapis, program yang mengajak sahabat2 menambah amalan sunnah seperti puasa isnin khamis dan sebagai nya...


SAYANGI KPIJ


0 Comments

Aktiviti terkini KPIJ Pusat

9/18/2008

0 Comments

 



Buat pengetahuan sahabat-sahabat KPIJ. pada 21 hingga 22 Nov lepas, KPIJ Pusat & PKPIM UTM dengan kerjasama Abim Johor telah mengadakan program Latihan Kepimpinan Muda
( Lakim )
di komplexs Mustika Embun Johor Bahru. Program ini  diadakan dengan bertujuan memberi pengisian tentang kepimpinan dan tanggungjawab terhadap gerakan. Program ini dihadiri oleh pimpinan PKPIM UTM dan pimpinan KPIJ Pusat. Alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar.

Antara pengisian yang diberikan mengenai bagaimanakah cara berdakwah yang berkesan. Dalam slot ini. ia menekankan cara kita berhadapan dengan masyarakat iaitu apabila berjumpa dengan kawan biasa, orang yang tidak dikenali, orang yang rapat dan ahli keluarga kita sendiri.Kesimpulan yang dapat kita perolehi ialah janganlah kita membezakan layanan antara mereka terutamanya dalam mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Selain itu juga, janganlah kita mempunyai sikap reserve dalam mengerjakan  kerja-kerja agama dan sering  memberikan  alasan. kita juga haruslah saling ingat - mengingati agar tidak tertipu dengan agenda Yahudi. contohnya kita selalu disibukkan dengan kerjaya.
Sebagai seorang pendakwah,kita haruslah menginfa'kan diri, harta, tenaga dan masa  dalam berbakti terhadap masyarakat.

 SAYANGI KPIJ



        
KESATUAN PELAJAR ISLAM JOHOR (KPIJ)
BACAAN AL-QURAN SEMPENA RAMADHAN 1429H
NAMA DAN JUZU'

1)
ZAINUDIN BIN ZAKARIA
2)ABDUL AZIZ BIN ALI
3)MOHAMMAD KHAIRULLAH BIN MOHD ZAINUDIN
4)SARAH AYU BINTI ABDUL RAHMAN
5)SHAKINAH BINTI ALI
6)MOHD FIRDAUS BIN ABDUL HAMID
7)MOHD HAFIZ BIN MOHD DASAR
8)SUFFRI BIN ABDUL BASIR
9)MUHAMMAD HAMKA BIN IDRIS
10)MOHD AZZAMUDIN BIN AHMAT MISKAM
11)NOOR SYAZWANI BINTI AHMAD SHIHAB
12)WAN MOHD FADHLI BIN WAN ISMAIL
13)ZAINUDIN BIN ZAKARIA
14)ABDUL AZIZ BIN ALI
15)MOHAMMAD KHAIRULLAH BIN MOHD ZAINUDIN
16)SARAH AYU BINTI ABDUL RAHMAN
17)SHAKINAH BINTI ALI
18)MOHD FIRDAUS BIN ABDUL HAMID
19)MOHD HAFIZ BIN MOHD DASAR
20)SUFFRI BIN ABDUL BASIR
21)MUHAMMAD HAMKA BIN IDRIS
22)MOHD AZZAMUDIN BIN AHMAT MISKAM
23)NOOR SYAZWANI BINTI AHMAD SHIHAB
24)WAN MOHD FADHLI BIN WAN ISMAIL
25)ZAINUDIN BIN ZAKARIA
26)ABDUL AZIZ BIN ALI
27)MOHAMMAD KHAIRULLAH BIN MOHD ZAINUDIN
28)SARAH AYU BINTI ABDUL RAHMAN
29)SHAKINAH BINTI ALI
30)MOHD FIRDAUS BIN ABDUL HAMID

 

 

 

0 Comments

Muktamar Sanawi ABIM Johor Ke-34.

6/15/2008

0 Comments

 

ABIM Negeri Johor telah mengadakan muktamar sanawi yang ke-34 pada 15 Jun 2008 bertempat di Dewan Sekolah SRI J Bahru bermula pukul 9.00 pagi dan berakhir kira-kira 2.00 petang. 

 
Dalam Ucapan Dasar, Sdr YDP ABIM Negeri Dr. Shahrom Shah Abdullah mengangkat tajuk ‘Jati Diri Gerakan’ yang pada hemat saya cukup praktikal yang menggariskan halatuju gerakan. Dr. Shahrom menyentuh pelbagai aspek antaranya ekonomi yang membabitkan keutamaan rakyat terbayak, peruntukan perkapita bagi intitusi pendidikan Islam melayu di negeri Johor, sinergi bersama gerakan dakwah lain dalam mendepani cabaran musush Islam, keutamaan budaya ilmu, proses penyerapan masuk dan memanfaatkan kepakaran generasi muda serta kemandirian kewangan gerakan. Ucapan ini menarik kerana KPIJ harus perlu mempelajari pengalaman yang dilalui oleh ABIM selaian turut berperanan menyusun strategi mendekati isu dan kumpulan sasar yang sesuai dalam rangkaian dakwah yang besar ini.

 
Dalam ucapan perasmian muktamar yang disampaikan oleh sdr Syed Alwi, Setiausaha Kewangan ABIM Pusat turut menjelaskan akan peranan ABIM hari ini dalam menangani isu-isu tertentu. Antaranya persoalan hak Melayu-Islam yang kian dipandang sepi ekoran tuntutan politik, kedudukan strategik gerakan dakwah, aktivisme ABIM serta jati diri ABIM yang bersandarkan pada kekuatan Islam dan intelektual dan bukannya pada perkiraan politik dan ekonomi yang sentiasa berubah-rubah.

 
Pada akhir sesi, perlantikan 6 pimpinan kanan ABIM negeri diumumkan oleh beliau seperti berikut;
 
            YDP                             : Dr. Shahrom Shah Abdullah
            TYDP                           : Tn Hj Abd. Razak Aripin
            S/Usaha                  : Sdr. M. Salehuddin Ahmat Miskam
            S/Usaha Kewangan    : Sdr. M Yusri Aripin
            Pen. Setiausaha         : Sdr. M Afif Kosno
            Ketua Helwa                : Sdri Nur Fauzana Abd Rahman 
 
Mudah-mudahan dengan muhasabah ini, memperkasakan usaha-usaha dakwah khususnya di negeri Johor ini.


Zainudin Zakaria 


0 Comments

Majlis Kahwin sdri Erny dan sdr Salehuddin

6/15/2008

0 Comments

 

Salam buat teman-teman, 

Maaf kerana agak lama weebly KPIJ tidak di kemaskini. Ana upload kan majlis sdri. Erny Irwanti ( Exco Dakwah KPIJ Pusat) bersama suaminya sdr. Salehuddin Miskam (Mantan YDP KPIJ Pusat). 

Majlis bermula dengan pernikah pada 30 Mei (jumaat malam sabtu) selepas isya’ bertempat di Masjid Jamie Kg Melayu J. Bahru. Diikuti ke esokkannya dengan kenduri di rumah pengantin perempuan yang berhampiran dengan masjid tersebut.

Ana mewakili warga KPIJ mengucapkan tahniah dan marilah kita semua mendoakan supaya perkahwinan ini menguatkan semangat mereka untuk bersama dalam gerakan dakwah ini.

 
Zainudin Zakaria    


This is your new blog post. Click here and start typing, or drag in elements from the top bar.

0 Comments

Usrah KPIJ 24 April 2008 meriah

4/28/2008

1 Comment

 

Pada 24 april 2008 (khamis malam jumaat), KPIJ mengadakan usrah dwi mingguannya. Berbeza dengan usrah yang lalu, usrah kali ini agak meriah dengan kehadiran kira-kira 20 orang dari sahabat-sahabat dari UIA yang sedang bercuti dan adik-adik daurah Marsah Johor serta exco KPIJ.

Aktiviti usrah yang bermula dengan magrib bersama diteruskan dengan bacaan mathurat dan makan malam kemudiannya diteruskan dengan solat isya berjemaah dan usrah di bilik KPIJ. Dalam usrah kali ini, KPIJ membincangkan surah Al-Ankabut ayat 1-7. surah Al-Ankabut ini surah makkiyah yang bermaksud labah-labah bagi memperihalkan kepercayaan orang kafir.

Dalam ayat ini, perbincangan bertemakan akan ujian bagi orang mukmin. Allah S.W.T secara jelas menyebut bahawa ujian itu merupakan satu proses pembuktian islam dan iman (walaupun hakikatnya Allah maha mengetahui) bagi orang-orang yang mengaku beragama Islam.  

Hal ini bagi membuktikan orang-orang yang hanya bermain-main dalam beritiqad ataupun orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah. Allah menyebut bahawa umat yang terdahulu semunya diuji bagi membuktikan keimanan mereka maka sudah pasti kita juga turut tidak terlepas daripada ujian Allah S.W.T samada berupa kesenangan mahupun kesusahan, kecil atau besar semuanya mengajak kepada pengabdian yang hakiki kepada pencipta.

Ujian ini datang dalam pelbagai bentuk. Ia mungkin jadi sebagai pengajaran bagi mengingatkan kita, balasan bagi meringangkan dosa juga sebagai tarbiyah bagi meningkatkan keimanan kita juga sebagai dugaan yang menjadikan kita semakin jauh dari agama. Ini semua bergantung kepada bagaimana kita mengiktibari sesuatu ujian itu. Dalam keadaan inilah kita perlukan sahabat-sahabat yang dapat mengingatkan kita secara jujur serta mengimbangi keadaan kita supaya apa pun yang datang ia akan menjadikan kita semakin teguh beriman. Disini letak pentingnya kita berada dalam satu jemaah haraki. 

Dalam kitab tasawuf moden, Buya Hamka ada menyebut “ berasa lapanglah kamu sekiranya kamu diberi kesenangan kerana kamu terlepas dari fitnah kepayahan dunia. Bersyukurlah juga kamu sekiranya kamu dalam kesempitan kerana ia melapangkan kamu sesudah mati dari persoalan kesenangan dunia ”. 

Adik-adik daurah turut berkongsi pandangan khususnya dalam hal peranan pendakwah yang tidak dirasai kehadirannya oleh ummat. Inilah penting untuk sama-sama renungkan akan nasihat Pak Natsir pengasas dewan dakwah indonesia) bahawa seorang pendakwah itu harus menjadi nadi ummat. Merasai tuntutan ummat. Merasai jerih payah kesakitan ummat. Moga dengan itu kita benar-benar berperanan membawa risalah nabawi.
 

SAYANGI KPIJ      


1 Comment

Usrah ABIM Johor 23 April 2008

4/28/2008

0 Comments

 

Pada rabu malam khamis yang lalu (23 April 2008), ABIM johor telah mengadakan usrah mingguan bertempat di rumah Sdr. Yusri Aripin. Wakil KPIJ turut ikut serta bagi mengukuhkan ukhwah antara jemaah selain bagi berkongsi maklumat mengenai program dan sebagainya.
 
Perbincangan usrah kali ini, adalah berdasarkan ayat 8-10 surah Al-Zumar yang berkaitan dengan perihal orang mukmin. 
 
Dalam ayat ke 8, Allah menyebut akan sikap manusia bahawa manusia itu apabila diuji dengan kepayahan maka ia akan kembali dan mendekatkan diri kepada tuhannya. Maka adalah rugi bagi orang-orang yang sentiasa lalai bila masa senangnya apatah lagi pada masa susah bila mereka melupakan Allah. Perihal ini dapat kita perhatikan akan diri kita sendiri bagaimana keadaan kita diuji dengan kepayahan dan bilamana kita diberi kesenangan.
 
Dalam ayat ke 9 pula Allah membuat suatu perbandingan akan erti kejayaan dengan orang yang mensyirikan Allah diberi ‘kesenangan’ di dunia untuk berbuat apa sahaja berbanding orang mukmin yang mentaati Allah seolah-olah ‘terpenjara’ dari kebebasan nikmat dunia. Inilah yang kita harus fahami akan makna kejayaan yang kita cari. Samada untuk dunia semata-mata ataupun kejayaan hakiki untuk mendapat maratillah. 

 Ayat ke 10 pula Allah memberi jaminan bagi orang mukmin akan keluasan muka bumi Allah (luas dengan rezeki, kelapangan dari ketakutan sesama makhluk) dan kebaikan (pahala) yang tiada batasannya dengan syarat mereka ini sabar. Mudah-mudahan dengan kupasan ringkas ini memberi manfaat kepada kita untuk melayari kehidupan dunia ini.

 
SAYANGI KPIJ

0 Comments

Program SMART START

4/13/2008

0 Comments

 

Bertempat di Rumah Alumnai UTM Skudai, satu program SMART START anjuran LPPKN dengan kerjasama ABIM Johor diadakan dari 12-13 (sabtu-ahad) yang dihadiri seramai 50 orang. 

Program yang bertujuan mengukuhkan institusi kekeluargaan ini dibuka khusus untuk pasangan  (peserta dating secara berpasangan atau akan dipasangkan) yang merancang untuk berkahwin dan juga kepada pasangan suami isteri yang baru berkahwin. Pengisian program terarah kepada merancang persiapan perkahwinan hinggalah kepada kemahiran keibubapaan. Peserta juga didedahkan dengan kaedah mengenali pasangan supaya pasangan yang bakal dikahwini benar-benar ikhlas dalam mendirikan perkahwinan. Kaedah penjagaan anak juga didedahkan supaya kita dapat melahirkan generasi yang dapat membina tamadun khaira ummah.

Antara pimpinan dan ahli KPIJ yang terlibat sebagai peserta adalah Sdr. Sufri dan isteri, Sdr. Khairullah, Sdr. Hafiz, Sdr. Zafri dan Sdr. Fahmi. Mudah-mudahan dengan pengisian sebegini, ahli-ahli yang hadir ke program ini dapat berkongsi pengetahuan kekeluargaan kepada kita semua. Marilah juga kita doakan agar ahli-ahli yang menghadiri program ini disegerakan dan dipermudahkan perkahwinan mereka. Amin. 

 SAYANGI KPIJ


This is your new blog post. Click here and start typing, or drag in elements from the top bar.

0 Comments

Usrah Keluarga 11 April 2008

4/13/2008

0 Comments

 

Pada 12 April yang lalu, ABIM Johor telah mengadakan usrah keluarga yang  dihadiri oleh ABIM, PKPIM UTM dan KPIJ seramai 40 orang. Usrah ini diadakan di rumah Tn. Hj. Shafudin Md. Yatim (kini didiami oleh Sdr. Zainudin, SUA KPIJ dan isteri beliau Sdri. Nurfauzana, Ketua Helwa ABIM Johor) di Pulai Perdana, Skudai, J. Bahru. Tn. Hj. Shafudin merupakan mantan YDP ABIM Johor yang kini sedang melanjutkan pengajian diperingkat doktor falsafah (PHD) di Hull, England.

Aturcara usrah keluarga bermula dengan solat isya berjemaah, diikuti dengan bacaan mathurat, jamuan ringan dan pengisian ilmu. Pengisian ilmu pada malam tersebut dibuat secara berasingan antara brothers dan sisters. Pengisian brothers disampaikan oleh Tn. Hj. Abd. Razak Hj Aripin (TYDP ABIM Johor) manakala sisters pula disampaikan oleh Ketua Helwa ABIM Johor.

Tn. Hj. Abd. Razak menegaskan usrah keluarga yang diadakan secara bulanan ini adalah untuk mengukuhkan semangan persaudaraan fillah terutama dilakangan keluarga dakwah di Johor ini selain membentuk keseragaman fikrah dalam melaksanakan tuntutan dakwah. Beliau menjelaskan bahawa tujuan kejadian manusia adalah untuk pengabdian kepada Allah S.W.T dan menjadi khalifah yang mentadbir alam dengan tuntutan wahyu dan sunnah. Kedua-dua ini harus dilaksanakan oleh semua insane terutama kita yang melibatkan diri dengan gerakan Islam. Perjuangan ini juga menuntut proses pembersihan jiwa, tarbiyah qalb atau pengisian tasawuf bagi memastikan keikhlasan dapat dicapai dalam melaksanakan tujuan kejadian manusia ini. Pengisian turut ditambah oleh Sdr. Halimi Kolan (Mantan NYDP Angtarabangsa PKPIM) mengenai golongan yang tercicir di medan dakwah.


Usrah ini turut dihadiri oleh sahabat-sahabat KPIJ yang pulang bercuti antaranya Khairullah, Hafiz, Fahmi, Zafri, Sarah, Raihanna dan Umil. Usrah keluarga berakhir kira-kira jam 11.00 malam. Pada malam itu juga, KPIJ turut mengadakan perbincangan ringkas mengenai perkembangan KPIJ.

SAYANGI KPIJ


0 Comments

YDP KPIJ melanjutkan pengajian ke India.

4/9/2008

2 Comments

 

Sdr. Abd. Azizi Ali, Yang DiPertua Kesatuan Pelajar Islam Johor menyambung pelajaran ke India. Dalam majlis ringkas yang diadakan selepas usrah dan mesyuarat bulanan exco, Sdr. YDP turut menyampaikan amanat ringkas namun besar tanggungjawabnya iaitu memastikan usrah KPIJ samada diperingkat negeri mahupun kampus-kampus tidak terputus atau ditunda-tunda yang akhirnya tidak dilaksanakan.

Beliau yang telah tamat pengajiannya di Marsah Johor dalam Diploma Usuluddin melanjutkan pembelajarannya di Timur India selama 3-4 bulan untuk membuat persediaan sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana Muda di Universiti Al-Azhar, Mesir selain meningkatkan kefahaman terhadap ilmu yang dipelajarinya.

India sebagaimana kita ketahui kaya dengan pengetahuan khususnya dalam bidang ulumul hadis juga bumi berkat yang melahirkan tokoh besar al-marhum Abu Hassan Ali An-Nadwi. Mudah-mudahan pengalaman beliau khususnya mengikuti sistem pendidikan tradisional akan memberi manfaat bukan sahaja kepada KPIJ bahkan ummat secara keseluruhannya dalam masa ummat ketandusan ulama' yang jujur dan ikhlas kepada agama.

Dalam mesyuarat exco KPIJ, pimpinan turut menyatakan rasa berbelah bahagi untuk bersetuju beliau ke India lebih-lebih lagi dalam situasi KPIJ menuntut perhatian yang tinggi daripada pimpinannya. Namun atas dasar kefahaman peluang dan faedah ini adalah untuk ummat maka pimpinan menyokong dan memberi galakkan kepada Sdr. YDP menyambung pengajian. 

Mesyuarat juga telah membuat beberapa keputusan antaranya tiada jawatan pemangku YDP dengan tugas-tugas YDP akan dilaksanakan oleh TYDP Sdr. Khairullah sepanjang tempoh tersebut. Sdr. Sufri, Pen. Bendahari Kehormat pula diamanahkan menjadi penghubung / penyampai maklumat antara KPIJ dengan ABIM Johor. Sdr. YDP juga bersedia untuk sentiasa berhubung bagi melaksanakan tanggungjawabnya dalam membuat keputusan dan memberi pandangan nasihat dalam memastikan perjalanan KPIJ dapat diteruskan sedia ada.

Mudah-mudahan dalam tempoh yang mendatang kita dapat menekuni catatan dan warkah tarbiyyah daripada Sdr. YDP di laman sawang ini. mudah-mudahan juga pengajian beliau disana akan lebih berupa kembara ilmu yang mengayakan ummat dengan kebijaksanaan. Beliau telah berlepas ke India pada hari ahad 6 April yang lalu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura. Selamat berjuang.

SAYANGI KPIJ    

 




This is your new blog post. Click here and start typing, or drag in elements from the top bar.

2 Comments

Usrah Qiyadah 5 April 2008.

4/9/2008

2 Comments

 

Pada malam sabtu yang lalu, KPIJ Pusat telah mengadakan usrah qiyadah serta mesyuarat bulanan exco bertempat di Taska Mustika Embun. Majlis yang bermula dengan Isya’ berjemaah diakhiri dengan jamuan yang turut meraikan kembara ilmu Sdr. YDP KPIJ, Abd. Aziz Ali ke India.

 

Usrah kali ini mengangkat tajuk CIRI-CIRI KEZALIMAN yang dikupas daripada SURAH AT-TAUBAH, AYAT 19 - 23. Dalam ayat ini Allah S.W.T berfirman secara jelas salah satu ciri muslim yang zalim itu ialah apabila mereka membelakangkan atau mengutamakan musyrikin berbanding saudaranya seagama.

 

Dalam memahami pengertian zalim ini, ulama’ telah menyatakan tentang konsep meletakkan sesuatu yang bukan pada haknya. Berbeza dengan fahaman barat yang mempromosikan konsep fairness atau kesamarataan yang kini menimbulkan fitnah besar di muka bumi hari ini.

 

Keutamaan saudara seagama ini amat jelas terutama dalam hal amanah (kepimpinan, kepercayaan, kebajikan dsb). Namun ia tidak pula sehingga menafikan hak orang kafir walaupun mereka itu musyrik. Hak mereka tetap terjamin terutamanya hak untuk mengetahui kebaikan Islam. Ini lah teladan yang ditunjukkan Rasulullah S.A.W.

 

Pengajaran utama yang wajib kita ambil adalah meletakkan keutamaan saudara seagama lebih utama berbanding orang musyrikin selagi mana dalam hal kebenaran. Adalah jatuh kewajipan ke atas kita untuk membela sekiranya seorang muslim itu berkelakuan zalim lebih dari mereka yang musyrik. Sebagai contoh mudah apabila berlaku kejadian seorang muslim merompak seorang kafir, adalah wajib keatas kita membantu seorang kafir itu dalam hal muslim itu melakukan sesuatu yang haram disisi Allah S.W.T.

 

Dewasa ini, ramai orang Islam tertindas atas sebab kezaliman saudara mereka sendiri. Adalah menjadi keutamaan kita membela saudara kita seupaya kita walapun dengan hanya berdoa.

 

Dalam Surah Al-Fath, Allah berfirman yang maksudnya “ Muhammad itu pesuruh Allah. Orang-orang yang bersamanya (pengikut Muhammad) sangat tegas ke atas orang-orang kafir (dan) mengasihi sesama mereka “.     

 

SAYANGI KPIJ


2 Comments
<<Previous

    Capaian

    December 2008
    September 2008
    June 2008
    April 2008
    March 2008

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Home
  • Pengenalan
  • Berita KPIJ
  • Artikel
  • Hubungi
  • Gambar
  • Coretan Sang Pejuang...
  • Pena Hewi
  • New Page