
Pada 24 april 2008 (khamis malam jumaat), KPIJ mengadakan usrah dwi mingguannya. Berbeza dengan usrah yang lalu, usrah kali ini agak meriah dengan kehadiran kira-kira 20 orang dari sahabat-sahabat dari UIA yang sedang bercuti dan adik-adik daurah Marsah Johor serta exco KPIJ.
Aktiviti usrah yang bermula dengan magrib bersama diteruskan dengan bacaan mathurat dan makan malam kemudiannya diteruskan dengan solat isya berjemaah dan usrah di bilik KPIJ. Dalam usrah kali ini, KPIJ membincangkan surah Al-Ankabut ayat 1-7. surah Al-Ankabut ini surah makkiyah yang bermaksud labah-labah bagi memperihalkan kepercayaan orang kafir.
Dalam ayat ini, perbincangan bertemakan akan ujian bagi orang mukmin. Allah S.W.T secara jelas menyebut bahawa ujian itu merupakan satu proses pembuktian islam dan iman (walaupun hakikatnya Allah maha mengetahui) bagi orang-orang yang mengaku beragama Islam.
Hal ini bagi membuktikan orang-orang yang hanya bermain-main dalam beritiqad ataupun orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah. Allah menyebut bahawa umat yang terdahulu semunya diuji bagi membuktikan keimanan mereka maka sudah pasti kita juga turut tidak terlepas daripada ujian Allah S.W.T samada berupa kesenangan mahupun kesusahan, kecil atau besar semuanya mengajak kepada pengabdian yang hakiki kepada pencipta.
Ujian ini datang dalam pelbagai bentuk. Ia mungkin jadi sebagai pengajaran bagi mengingatkan kita, balasan bagi meringangkan dosa juga sebagai tarbiyah bagi meningkatkan keimanan kita juga sebagai dugaan yang menjadikan kita semakin jauh dari agama. Ini semua bergantung kepada bagaimana kita mengiktibari sesuatu ujian itu. Dalam keadaan inilah kita perlukan sahabat-sahabat yang dapat mengingatkan kita secara jujur serta mengimbangi keadaan kita supaya apa pun yang datang ia akan menjadikan kita semakin teguh beriman. Disini letak pentingnya kita berada dalam satu jemaah haraki.
Dalam kitab tasawuf moden, Buya Hamka ada menyebut “ berasa lapanglah kamu sekiranya kamu diberi kesenangan kerana kamu terlepas dari fitnah kepayahan dunia. Bersyukurlah juga kamu sekiranya kamu dalam kesempitan kerana ia melapangkan kamu sesudah mati dari persoalan kesenangan dunia ”.
Adik-adik daurah turut berkongsi pandangan khususnya dalam hal peranan pendakwah yang tidak dirasai kehadirannya oleh ummat. Inilah penting untuk sama-sama renungkan akan nasihat Pak Natsir pengasas dewan dakwah indonesia) bahawa seorang pendakwah itu harus menjadi nadi ummat. Merasai tuntutan ummat. Merasai jerih payah kesakitan ummat. Moga dengan itu kita benar-benar berperanan membawa risalah nabawi.
SAYANGI KPIJ