
Sdr. Abd. Azizi Ali, Yang DiPertua Kesatuan Pelajar Islam Johor menyambung pelajaran ke India. Dalam majlis ringkas yang diadakan selepas usrah dan mesyuarat bulanan exco, Sdr. YDP turut menyampaikan amanat ringkas namun besar tanggungjawabnya iaitu memastikan usrah KPIJ samada diperingkat negeri mahupun kampus-kampus tidak terputus atau ditunda-tunda yang akhirnya tidak dilaksanakan.
Beliau yang telah tamat pengajiannya di Marsah Johor dalam Diploma Usuluddin melanjutkan pembelajarannya di Timur India selama 3-4 bulan untuk membuat persediaan sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana Muda di Universiti Al-Azhar, Mesir selain meningkatkan kefahaman terhadap ilmu yang dipelajarinya.
India sebagaimana kita ketahui kaya dengan pengetahuan khususnya dalam bidang ulumul hadis juga bumi berkat yang melahirkan tokoh besar al-marhum Abu Hassan Ali An-Nadwi. Mudah-mudahan pengalaman beliau khususnya mengikuti sistem pendidikan tradisional akan memberi manfaat bukan sahaja kepada KPIJ bahkan ummat secara keseluruhannya dalam masa ummat ketandusan ulama' yang jujur dan ikhlas kepada agama.
Dalam mesyuarat exco KPIJ, pimpinan turut menyatakan rasa berbelah bahagi untuk bersetuju beliau ke India lebih-lebih lagi dalam situasi KPIJ menuntut perhatian yang tinggi daripada pimpinannya. Namun atas dasar kefahaman peluang dan faedah ini adalah untuk ummat maka pimpinan menyokong dan memberi galakkan kepada Sdr. YDP menyambung pengajian.
Mesyuarat juga telah membuat beberapa keputusan antaranya tiada jawatan pemangku YDP dengan tugas-tugas YDP akan dilaksanakan oleh TYDP Sdr. Khairullah sepanjang tempoh tersebut. Sdr. Sufri, Pen. Bendahari Kehormat pula diamanahkan menjadi penghubung / penyampai maklumat antara KPIJ dengan ABIM Johor. Sdr. YDP juga bersedia untuk sentiasa berhubung bagi melaksanakan tanggungjawabnya dalam membuat keputusan dan memberi pandangan nasihat dalam memastikan perjalanan KPIJ dapat diteruskan sedia ada.
Mudah-mudahan dalam tempoh yang mendatang kita dapat menekuni catatan dan warkah tarbiyyah daripada Sdr. YDP di laman sawang ini. mudah-mudahan juga pengajian beliau disana akan lebih berupa kembara ilmu yang mengayakan ummat dengan kebijaksanaan. Beliau telah berlepas ke India pada hari ahad 6 April yang lalu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura. Selamat berjuang.
SAYANGI KPIJ
This is your new blog post. Click here and start typing, or drag in elements from the top bar.