
Pada 12 April yang lalu, ABIM Johor telah mengadakan usrah keluarga yang dihadiri oleh ABIM, PKPIM UTM dan KPIJ seramai 40 orang. Usrah ini diadakan di rumah Tn. Hj. Shafudin Md. Yatim (kini didiami oleh Sdr. Zainudin, SUA KPIJ dan isteri beliau Sdri. Nurfauzana, Ketua Helwa ABIM Johor) di Pulai Perdana, Skudai, J. Bahru. Tn. Hj. Shafudin merupakan mantan YDP ABIM Johor yang kini sedang melanjutkan pengajian diperingkat doktor falsafah (PHD) di Hull, England.
Aturcara usrah keluarga bermula dengan solat isya berjemaah, diikuti dengan bacaan mathurat, jamuan ringan dan pengisian ilmu. Pengisian ilmu pada malam tersebut dibuat secara berasingan antara brothers dan sisters. Pengisian brothers disampaikan oleh Tn. Hj. Abd. Razak Hj Aripin (TYDP ABIM Johor) manakala sisters pula disampaikan oleh Ketua Helwa ABIM Johor.
Tn. Hj. Abd. Razak menegaskan usrah keluarga yang diadakan secara bulanan ini adalah untuk mengukuhkan semangan persaudaraan fillah terutama dilakangan keluarga dakwah di Johor ini selain membentuk keseragaman fikrah dalam melaksanakan tuntutan dakwah. Beliau menjelaskan bahawa tujuan kejadian manusia adalah untuk pengabdian kepada Allah S.W.T dan menjadi khalifah yang mentadbir alam dengan tuntutan wahyu dan sunnah. Kedua-dua ini harus dilaksanakan oleh semua insane terutama kita yang melibatkan diri dengan gerakan Islam. Perjuangan ini juga menuntut proses pembersihan jiwa, tarbiyah qalb atau pengisian tasawuf bagi memastikan keikhlasan dapat dicapai dalam melaksanakan tujuan kejadian manusia ini. Pengisian turut ditambah oleh Sdr. Halimi Kolan (Mantan NYDP Angtarabangsa PKPIM) mengenai golongan yang tercicir di medan dakwah.
Usrah ini turut dihadiri oleh sahabat-sahabat KPIJ yang pulang bercuti antaranya Khairullah, Hafiz, Fahmi, Zafri, Sarah, Raihanna dan Umil. Usrah keluarga berakhir kira-kira jam 11.00 malam. Pada malam itu juga, KPIJ turut mengadakan perbincangan ringkas mengenai perkembangan KPIJ.
SAYANGI KPIJ