• Home
  • Pengenalan
  • Berita KPIJ
  • Artikel
  • Hubungi
  • Gambar
  • Coretan Sang Pejuang...
  • Pena Hewi
  • New Page
 

Kuliah Tafsir Maudhui 'live' dari KDH.

3/30/2008

6 Comments

 

Pada 29 Mac 2008 (sabtu malam ahad) anjuran ABIM Johor bertempat di Sakinah Management BBU telah diadakan kuliah tafsir maudhui disiarkan secara langsung dari kolej darul hikmah, kajang yang disampaikan oleh al-fadhil Dato' Dr. Siddiq Fadzil, Presiden Wadah.

Kuliah tafsir maudhui ini bertajuk "memugar budaya qurani;tauladan pemuda alkahfi" difahamkan buat julung kalinya diadakan secara langsung dipancarkan ke Johor dan insyaAllah akan diperluaskan ke negeri-negeri lain dalam memperkukuhkan usaha wahdatul fikr wahdatul amal.  

Kehadiran juga menggalakan dengan penglibatan wadah johor, abim, PKPIM UTM dan KPIJ yang sejumlah 30 orang.

Ustaz Siddiq membincangkan ayat 13-26 surah alkahfi tentang keberanian, keyakinan iman dan kepemudaan. Menarik juga untuk dinyatakan disini adalah keberanian pemuda ini berhadapan dengan pemerintah yang zalim (apa-apa sahaja yg bertentangan dengan kebenaran) dan melancarkan public protes (mungkin demosntrasi atau perdebatan) secara terang-terangan dengan laungan mereka;

Ayat 15 " sesungguhnya tuhan kami adalah tuhan yang menciptakan langit dan bumi. sekiranya kami menyembah yang lain maka jauhlah kami dari kebenaran"

Inilah sebenarnya ibrah yg amat penting untuk diteliti (bukan hanya kisah mereka tidur ratusan tahun) akan keupayaan pemikiran mereka keluar dari konkongan aqidah masyarakat, kecerdasan berfikir, keberanian memprotes dan kepemudaan yang luar biasa dalam menyatakan pendirian ini.

Maka adakah kita juga punya keberanian menyatakan kebenaran walaupun untuk diri kita? InsyaAllah saya akan siarkan nota penuh kuliah di ruangan artikel. SAYANGI KPIJ   


 


6 Comments

Usrah Pimpinan KPIJ 19 Mac 08

3/26/2008

0 Comments

 

Pada 19 Mac yang lalu bersempena Ceramah Perdana Maulidur Rasul Di Masjid Jamie Bandar Baru Uda, J. Bahru atas usaha ABIM Johor dengan kerjasama pihak Masjid. KPIJ mengambil kesempatan mengadakan pertemua di Masjid tersebut.

Dalam pertemuan tersebut, tazkirah ringkas disampaikan oleh Sdr. Abd. Aziz mengenai sebuah hadis yang bermaksud;

"Tidak Sempurna Iman seseorang itu selagi mana ia tidak mencintai ku (Rasulullah) melebihi cintanya kepada kedua ibu bapanya, keluarganya dan manusia seluruhnya" 

Pengajaran penting yang dapat kita manfaatkan adalah generasi mudah hari ini didewakan dengan watak-watak seperti snow white, power rangers, artis, selebriti sukan dan sebagainya sehingga ketokohan Rasulullah semakin jauh dari diri kita. Adalah menjadi tanggungjawab kita membangunkan watak dan tauladan Baginda dalam diri generasi muda. Sebagai pendakwah muda, kita juga dituntut mengkhatamkan dan memahami sirah nabawi yang menjadi panduan terbesar dalam lapangan dakwah.

Majlis pada malam itu diteruskan dengan qiamullail pada keesokkan pagi dan diteruskan dengan aktiviti melukis, nasyid dan sebagainya bagi menjadikan masjid pusat pembangunan ummat.


0 Comments

Usrah Keluarga dan Majlis Potong Jambul.

3/26/2008

0 Comments

 

Pada 14 Mac 2008 yang lalu, ABIM menganjurkan usrah keluarga di rumah Sdr. Yusri (Pimpinan ABIM Johor) bersempena juga majlis potong jambul kelahiran anak kedua beliau.  

Majlis yang turut dihadiri keluarga dan jiran Sdr. Yusri ini dimulakan dengan solat Isya' bersama, solat hajat, tazkirah ringkas oleh Ustaz Razak, bacaan selawat dan potong jambul serta diakhiri dengan jamuan.

Orang baru dalam keluarga beliau ini diberi nama Khair Hijazi. KPIJ merakamkan ucapan tahniah kepada beliau sekeluarga. Semoga kelahiran bayi ini menguatkan beliau untuk terus berdakwah.  


This is your new blog post. Click here and start typing, or drag in elements from the top bar.

0 Comments

Usrah Pimpina KPIJ 13 Mac 2008

3/26/2008

0 Comments

 

Alhamdulillah..Dalam serba kekurangan dan kesempitan masa, usrah pimpinan masih dapat diusahakan. Usrah yang diadakan pada 13 Mac 2008 di Seketariat KPIJ, Kompleks Mustika Embun ini meskipun hanya dihadiri 4 orang namun manfaatnya tetap dapat diperolehi dan disebar-sebarkan buat peringatan bersama. 

Usrah yang dipimpin oleh Sdr. Abd. Aziz Ali (YDP KPIJ) membincangkan Surah AlAnfal; ayat 71-75. Ayat ini memperihalkan keutamaan amal (hijrah). apa yang menarik untuk dikongsikan disini adalah mengenai perbincangan dalam ayat 73. Firman Allah S.W.T yang bermaksud;

" Dan orang-orang kafir, setengahnya menjadi pendokong bagi setengah yang lain. Jika kamu (orang Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu antara satu sama lain dalam hal yang diperintahkan Allah) nescaya akan berlaku lah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar. "

Antara perkara penting yang boleh kita fahami adalah bertapa pentingnya kesatuan dan dokongan antara satu sama lain. Orang kafir walaupun mempunyai perbezaan antara mereka (seperti US dan Rusia) namun dalam hal menjahanamkan ummat Islam mereka tiada masalah untuk bekerjasama. Berbeza dengan kaum muslim yang menjadikan perbezaan dan perpecahan itu sebagai suatu yang lumrah. ini dapat diperhatikan dengan situasi yang menimpa ummat Islam diseluruh pelusok dunia. Palestin, Afghanistan, Chechen dsb. Kita pula barang kali majoritinya hanya membincangkan akan kejahatan Israel, US dan sekutunya serta mencela kelemahan pemimpin negara Islam sedangkan hal yang pokok seperti mana dituntut oleh Allah kita abaikan. apa yang kita harapkan dari kebaikan musuh Islam yang sememangnya ingin mengganyang ummat Islam berbanding berusaha membina kekuatan antara kita. untuk langkah permulaan, marilah kita sama-sama setiap kali selesai solat supaya tidak lupa mendoakan saudara-saudara seagama kita diseluruh pelusok dunia.

Dalam hal yang lebih dekat dengan kita, saya menyedari rungutan teman-teman akan tahap keaktifan KPIJ hari ini. Terima kasih saya hulurkan atas keperihatinan teman-teman. Namun suka saya menyebut akan ayat 73 ini akan tuntutan kerjasama dan saling memberi dokongan akan membuah kan kerjayaan. Teman-teman juga punya peranan dan keupayaan untuk membaiki dan mengukuhkan KPIJ dan peranan itulah yang harus kita kerjakan berbanding hanya bertanya dan berkata di belakang. Tanpa dokongan dan kerjasama teman-teman benarlah firman Allah akan tertimpanya fitnah dan kerosakan yang besar. Salam ukhwah buat semua. SAYANGI KPIJ.  


 




0 Comments
Forward>>

    Capaian

    December 2008
    September 2008
    June 2008
    April 2008
    March 2008

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Home
  • Pengenalan
  • Berita KPIJ
  • Artikel
  • Hubungi
  • Gambar
  • Coretan Sang Pejuang...
  • Pena Hewi
  • New Page