Pada rabu malam khamis yang lalu (23 April 2008), ABIM johor telah mengadakan usrah mingguan bertempat di rumah Sdr. Yusri Aripin. Wakil KPIJ turut ikut serta bagi mengukuhkan ukhwah antara jemaah selain bagi berkongsi maklumat mengenai program dan sebagainya.
Perbincangan usrah kali ini, adalah berdasarkan ayat 8-10 surah Al-Zumar yang berkaitan dengan perihal orang mukmin.
Dalam ayat ke 8, Allah menyebut akan sikap manusia bahawa manusia itu apabila diuji dengan kepayahan maka ia akan kembali dan mendekatkan diri kepada tuhannya. Maka adalah rugi bagi orang-orang yang sentiasa lalai bila masa senangnya apatah lagi pada masa susah bila mereka melupakan Allah. Perihal ini dapat kita perhatikan akan diri kita sendiri bagaimana keadaan kita diuji dengan kepayahan dan bilamana kita diberi kesenangan.
Dalam ayat ke 9 pula Allah membuat suatu perbandingan akan erti kejayaan dengan orang yang mensyirikan Allah diberi ‘kesenangan’ di dunia untuk berbuat apa sahaja berbanding orang mukmin yang mentaati Allah seolah-olah ‘terpenjara’ dari kebebasan nikmat dunia. Inilah yang kita harus fahami akan makna kejayaan yang kita cari. Samada untuk dunia semata-mata ataupun kejayaan hakiki untuk mendapat maratillah.
Ayat ke 10 pula Allah memberi jaminan bagi orang mukmin akan keluasan muka bumi Allah (luas dengan rezeki, kelapangan dari ketakutan sesama makhluk) dan kebaikan (pahala) yang tiada batasannya dengan syarat mereka ini sabar. Mudah-mudahan dengan kupasan ringkas ini memberi manfaat kepada kita untuk melayari kehidupan dunia ini.
SAYANGI KPIJ