KESATUAN PELAJAR ISLAM JOHOR (KPIJ) adalah badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pelajar-pelajar Islam berteraskan dakwah dan latihan pembangunan di negeri Johor yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (PPPJ 867/59. Negeri Johor).
KPIJ didaftarkan pada 28 Julai 1958 yang bertujuan memupuk persaudaraan pelajar Islam dan berdepan dengan cabaran mengamalkan Islam ketika itu. Kini KPIJ meniti usia 50 tahun (1958-2008), dengan penuh iltizam komited terhadap pendidikan pelajar dan mahasiswa dalam usaha melahirkan generasi yang seimbang dari segi rohani, jasmani dan mental selaras dengan hasrat kerajaan, “Menjana Modal Insan”.
Antara aktiviti yang dijalankan oleh KPIJ bagi membina generasi yang berkualiti adalah;-
- Siri Latihan Kepimpinan
- Komuniti & Pembangunan Masyarakat
- Motivasi Pendidikan
- Keintelektualan & Pemikiran
- Aktiviti Luaran / Rekerasi
- Prihati Isu Angtarabangsa
- Keusahawanan
- Pengukuhan Kerohanian