
Pada malam sabtu yang lalu, KPIJ Pusat telah mengadakan usrah qiyadah serta mesyuarat bulanan exco bertempat di Taska Mustika Embun. Majlis yang bermula dengan Isya’ berjemaah diakhiri dengan jamuan yang turut meraikan kembara ilmu Sdr. YDP KPIJ, Abd. Aziz Ali ke India.
Usrah kali ini mengangkat tajuk CIRI-CIRI KEZALIMAN yang dikupas daripada SURAH AT-TAUBAH, AYAT 19 - 23. Dalam ayat ini Allah S.W.T berfirman secara jelas salah satu ciri muslim yang zalim itu ialah apabila mereka membelakangkan atau mengutamakan musyrikin berbanding saudaranya seagama.
Dalam memahami pengertian zalim ini, ulama’ telah menyatakan tentang konsep meletakkan sesuatu yang bukan pada haknya. Berbeza dengan fahaman barat yang mempromosikan konsep fairness atau kesamarataan yang kini menimbulkan fitnah besar di muka bumi hari ini.
Keutamaan saudara seagama ini amat jelas terutama dalam hal amanah (kepimpinan, kepercayaan, kebajikan dsb). Namun ia tidak pula sehingga menafikan hak orang kafir walaupun mereka itu musyrik. Hak mereka tetap terjamin terutamanya hak untuk mengetahui kebaikan Islam. Ini lah teladan yang ditunjukkan Rasulullah S.A.W.
Pengajaran utama yang wajib kita ambil adalah meletakkan keutamaan saudara seagama lebih utama berbanding orang musyrikin selagi mana dalam hal kebenaran. Adalah jatuh kewajipan ke atas kita untuk membela sekiranya seorang muslim itu berkelakuan zalim lebih dari mereka yang musyrik. Sebagai contoh mudah apabila berlaku kejadian seorang muslim merompak seorang kafir, adalah wajib keatas kita membantu seorang kafir itu dalam hal muslim itu melakukan sesuatu yang haram disisi Allah S.W.T.
Dewasa ini, ramai orang Islam tertindas atas sebab kezaliman saudara mereka sendiri. Adalah menjadi keutamaan kita membela saudara kita seupaya kita walapun dengan hanya berdoa.
Dalam Surah Al-Fath, Allah berfirman yang maksudnya “ Muhammad itu pesuruh Allah. Orang-orang yang bersamanya (pengikut Muhammad) sangat tegas ke atas orang-orang kafir (dan) mengasihi sesama mereka “.
SAYANGI KPIJ