• Home
  • Pengenalan
  • Berita KPIJ
  • Artikel
  • Hubungi
  • Gambar
  • Coretan Sang Pejuang...
  • Pena Hewi
  • New Page
 

Kuliah Tafsir Maudhui 'live' dari KDH.

3/30/2008

6 Comments

 

Pada 29 Mac 2008 (sabtu malam ahad) anjuran ABIM Johor bertempat di Sakinah Management BBU telah diadakan kuliah tafsir maudhui disiarkan secara langsung dari kolej darul hikmah, kajang yang disampaikan oleh al-fadhil Dato' Dr. Siddiq Fadzil, Presiden Wadah.

Kuliah tafsir maudhui ini bertajuk "memugar budaya qurani;tauladan pemuda alkahfi" difahamkan buat julung kalinya diadakan secara langsung dipancarkan ke Johor dan insyaAllah akan diperluaskan ke negeri-negeri lain dalam memperkukuhkan usaha wahdatul fikr wahdatul amal.  

Kehadiran juga menggalakan dengan penglibatan wadah johor, abim, PKPIM UTM dan KPIJ yang sejumlah 30 orang.

Ustaz Siddiq membincangkan ayat 13-26 surah alkahfi tentang keberanian, keyakinan iman dan kepemudaan. Menarik juga untuk dinyatakan disini adalah keberanian pemuda ini berhadapan dengan pemerintah yang zalim (apa-apa sahaja yg bertentangan dengan kebenaran) dan melancarkan public protes (mungkin demosntrasi atau perdebatan) secara terang-terangan dengan laungan mereka;

Ayat 15 " sesungguhnya tuhan kami adalah tuhan yang menciptakan langit dan bumi. sekiranya kami menyembah yang lain maka jauhlah kami dari kebenaran"

Inilah sebenarnya ibrah yg amat penting untuk diteliti (bukan hanya kisah mereka tidur ratusan tahun) akan keupayaan pemikiran mereka keluar dari konkongan aqidah masyarakat, kecerdasan berfikir, keberanian memprotes dan kepemudaan yang luar biasa dalam menyatakan pendirian ini.

Maka adakah kita juga punya keberanian menyatakan kebenaran walaupun untuk diri kita? InsyaAllah saya akan siarkan nota penuh kuliah di ruangan artikel. SAYANGI KPIJ   


 


6 Comments
merk
4/1/2008 08:23:55 pm

kuliah ni sgt menarik minat & sgt bmanfaat. ana rasa syukur krn dberi kmudahn oleh Allah utk turut serta. ust siddiq sbnrnye tlh mcabar kita sbg "org muda" utk mlakukan ssuatu thadap suasana pbandingan kita pd hari ini & pd wktu tsebut (zaman pemuda alkahfi). cuma utk makluman, pejabat assakinah management tu sbnrnye berada di bangunan abim johor (wisma abim johor). kalo boleh biasakan dgn wisma abim johor.

Reply
merk
4/1/2008 08:25:32 pm

cabaran kpd "org muda" yg penuh idealisme. ayuh kawan2!!

Reply
saudaramu..
4/3/2008 06:42:44 pm

semoga diperkuatkan usaha dan iman..

Reply
saudaramu.. link
4/3/2008 06:43:54 pm

semoga di perkukuhkan iman..

Reply
SUA KPIJ link
4/6/2008 05:36:27 pm

Ada yang berminat nak bagi komen? mudah-mudahan dgn teknologi yg ada merapatkan ukhwah kita. SAYANGI KPIJ.

Reply
akhizai
4/7/2008 06:07:15 pm

cubaan.

Reply



Leave a Reply.

    Capaian

    December 2008
    September 2008
    June 2008
    April 2008
    March 2008

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • Home
  • Pengenalan
  • Berita KPIJ
  • Artikel
  • Hubungi
  • Gambar
  • Coretan Sang Pejuang...
  • Pena Hewi
  • New Page