Pada 19 Mac yang lalu bersempena Ceramah Perdana Maulidur Rasul Di Masjid Jamie Bandar Baru Uda, J. Bahru atas usaha ABIM Johor dengan kerjasama pihak Masjid. KPIJ mengambil kesempatan mengadakan pertemua di Masjid tersebut.
Dalam pertemuan tersebut, tazkirah ringkas disampaikan oleh Sdr. Abd. Aziz mengenai sebuah hadis yang bermaksud;
"Tidak Sempurna Iman seseorang itu selagi mana ia tidak mencintai ku (Rasulullah) melebihi cintanya kepada kedua ibu bapanya, keluarganya dan manusia seluruhnya"
Pengajaran penting yang dapat kita manfaatkan adalah generasi mudah hari ini didewakan dengan watak-watak seperti snow white, power rangers, artis, selebriti sukan dan sebagainya sehingga ketokohan Rasulullah semakin jauh dari diri kita. Adalah menjadi tanggungjawab kita membangunkan watak dan tauladan Baginda dalam diri generasi muda. Sebagai pendakwah muda, kita juga dituntut mengkhatamkan dan memahami sirah nabawi yang menjadi panduan terbesar dalam lapangan dakwah.
Majlis pada malam itu diteruskan dengan qiamullail pada keesokkan pagi dan diteruskan dengan aktiviti melukis, nasyid dan sebagainya bagi menjadikan masjid pusat pembangunan ummat.