Alhamdulillah..Dalam serba kekurangan dan kesempitan masa, usrah pimpinan masih dapat diusahakan. Usrah yang diadakan pada 13 Mac 2008 di Seketariat KPIJ, Kompleks Mustika Embun ini meskipun hanya dihadiri 4 orang namun manfaatnya tetap dapat diperolehi dan disebar-sebarkan buat peringatan bersama.
Usrah yang dipimpin oleh Sdr. Abd. Aziz Ali (YDP KPIJ) membincangkan Surah AlAnfal; ayat 71-75. Ayat ini memperihalkan keutamaan amal (hijrah). apa yang menarik untuk dikongsikan disini adalah mengenai perbincangan dalam ayat 73. Firman Allah S.W.T yang bermaksud;
" Dan orang-orang kafir, setengahnya menjadi pendokong bagi setengah yang lain. Jika kamu (orang Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu antara satu sama lain dalam hal yang diperintahkan Allah) nescaya akan berlaku lah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar. "
Antara perkara penting yang boleh kita fahami adalah bertapa pentingnya kesatuan dan dokongan antara satu sama lain. Orang kafir walaupun mempunyai perbezaan antara mereka (seperti US dan Rusia) namun dalam hal menjahanamkan ummat Islam mereka tiada masalah untuk bekerjasama. Berbeza dengan kaum muslim yang menjadikan perbezaan dan perpecahan itu sebagai suatu yang lumrah. ini dapat diperhatikan dengan situasi yang menimpa ummat Islam diseluruh pelusok dunia. Palestin, Afghanistan, Chechen dsb. Kita pula barang kali majoritinya hanya membincangkan akan kejahatan Israel, US dan sekutunya serta mencela kelemahan pemimpin negara Islam sedangkan hal yang pokok seperti mana dituntut oleh Allah kita abaikan. apa yang kita harapkan dari kebaikan musuh Islam yang sememangnya ingin mengganyang ummat Islam berbanding berusaha membina kekuatan antara kita. untuk langkah permulaan, marilah kita sama-sama setiap kali selesai solat supaya tidak lupa mendoakan saudara-saudara seagama kita diseluruh pelusok dunia.
Dalam hal yang lebih dekat dengan kita, saya menyedari rungutan teman-teman akan tahap keaktifan KPIJ hari ini. Terima kasih saya hulurkan atas keperihatinan teman-teman. Namun suka saya menyebut akan ayat 73 ini akan tuntutan kerjasama dan saling memberi dokongan akan membuah kan kerjayaan. Teman-teman juga punya peranan dan keupayaan untuk membaiki dan mengukuhkan KPIJ dan peranan itulah yang harus kita kerjakan berbanding hanya bertanya dan berkata di belakang. Tanpa dokongan dan kerjasama teman-teman benarlah firman Allah akan tertimpanya fitnah dan kerosakan yang besar. Salam ukhwah buat semua. SAYANGI KPIJ.